Pengenalan

Latar Belakang Pertubuhan

Pertubuhan Kemanusiaan Barakah Malaysia (Barakah Humanitarian Aid) merupakan sebuah organisasi kebajikan dan kemanusiaan yang ditubuhkan bagi membantu golongan memerlukan melalui program bantuan bencana, bantuan asas, perubatan, pendidikan dan misi antarabangsa. Pertubuhan ini menjadi platform utama dalam meringankan beban mereka yang terkesan akibat kemiskinan, bencana alam, peperangan dan krisis kemanusiaan global

MISI

  1. Menyampaikan bantuan kecemasan, makanan, perubatan dan kebajikan secara cepat dan berkesan
  2. Membangunkan projek pendidikan, komuniti dan ekonomi untuk jangka masa panjang
  3. Menjalinkan kerjasama strategik dengan NGO tempatan, antarabangsa serta agensi kerajaan dan swasta
  4. Melahirkan lebih ramai sukarelawan melalui program kesukarelawanan tersusun
  5. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kemanusiaan global

VISI

Menjadi organisasi kemanusiaan berwibawa di Malaysia dan antarabangsa yang mengutamakan amanah, ketelusan, keberkesanan dan keikhlasan dalam membantu mereka yang memerlukan

Objektif Pertubuhan

  1. Menyalurkan bantuan semasa kecemasan seperti banjir, kebakaran dan konflik perang

  2. Menyediakan bantuan makanan asas, perubatan dan pendidikan kepada golongan asnaf dan miskin
  3. Menyokong pembangunan pusat pendidikan seperti pondok, tahfiz dan sekolah komuniti
  4. Memperkasa ekonomi golongan terjejas melalui bantuan modal dan latihan kemahiran
  5. Mengurus misi bantuan antarabangsa seperti Gaza, Syria, Yaman dan negara-negara lain yang memerlukan.

Hakcipta Terpelihara